Saturday 27 October 2012

Peliharalah Mulut Dan Lidah Kita...

Saya suka dengan Ustazah Siti Nor Bahayah memberikan hadir Rasulullah s.a.w...kita share sesama yer...alhamdulillah,semoga menjadi renungan dan iktibar bersama...



Ketawalah Untuk Jantung......

Kajian menunjukkanketawa memberi banyak manfaat kepada kita.Informasi dari Amerika College Of Cardiology mengatakan ketawa sama baiknya dengan aerobik kerana ia menyihatkan jantung,menurunkan tekanan darah dan mengurangkan proses hormon stress.
Penelitian lain membuktikan selepas 15 minit anda ketawa,pembuluh darah akan menjadi lebih lentur dan risiko serangan jantung berkurangan.Untuk mendapatkan manfaat seperti itu,selepas menikmati makan malam,teruskan menonton filem komedi sambil menikmati kudapan.Tetapi harus diingat,kudapan yang menyihatkan sahaja...

INFO dari:Maskulin Oktober 2012.

Tuesday 16 October 2012

myMetro | ‘Ustaz’ salah kiblat

myMetro | ‘Ustaz’ salah kiblat

GOMBAK: Temberang seorang lelaki yang pura-pura bersolat bagi mengelak daripada dicekup berkhalwat dalam sebuah bilik di kedai menjual pakaian milik pasangannya di Selayang, dekat sini, kelmarin, tidak berhasil apabila dia tersalah arah kiblat.
Lelaki 46 tahun itu dan pasangannya yang berusia 37 tahun, dicekup suami wanita berkenaan selepas curiga dengan kehadiran lelaki terbabit dalam kedai isterinya yang ketika itu tertutup.
Menurut sumber, sebelum kejadian si suami yang berusia 37 tahun mahu menjemput isterinya keluar makan pada jam 12 tengah hari, namun berasa pelik apabila mendapati kedai isterinya tertutup seolah-olah tidak beroperasi.

“Mengesyaki ada sesuatu tak kena, si suami masuk dalam kedai, tetapi masih tidak menemui isterinya. Dia kemudian ke sebuah bilik di bahagian belakang dan menemui kasut isterinya diletakkan di tepi pintu.

“Lelaki itu memanggil isterinya dan mengajaknya keluar makan tengah hari, namun wanita itu enggan, malah memberitahu dia akan pergi sendirian kerana ada urusan perlu diselesaikan,” katanya.