Monday 16 September 2013

Ohhhh Bahagia.......

ohhh...apa perasaan hari ini...rasanya bahagia..alhamdulillahhh,syukran Ya Allah atas nikmatMu....


Orang Yang Mulia Disisi Allah...





Firman Allah SWT yang bermaksud:

Wahai umat manusia!
Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak,supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang laina).Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya).Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui,lagi Maha Mendalam pengetahuannya(akan keadaan dan amalan kamu)

Al-Hujurat 49:13

Sunday 15 September 2013

chocolate moist cake....yummyyyyy....

 
ini kek kegemaran anak-anak...so ari ni cuti-cuti malaysia buatkan supaya dorang happy dapat ngap..ngap sambil main dirumah,tengok tv segala...hahaaaa
Resepinya gini...

Bahan:
a.Bahan ygang perlu dimasak (dalam periuk)
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula
1/2 cawan susu manis
1 cawan susu segar / cair
1 cawan minyak makan
-masak hingga sebati dan jadi campuran koko...sejukkan

Telur - 4 biji + soda bikarbonat (campur dua bahan ni dan pukul hingga kembang)

Tepung - 1 1/2 cawan

-campur bahan telur + tepung dan campuran koko tadi.Sebatikan dan masukkan dalam loyang,kukus hingga masak.

Buat topping atas kek;
choc masakan campur dengan susu manis + susu cair (anggar jer).Masak dalam double boiler hingga cair dan sebati....

Topping letak selepas kek sejuk...Hias la sesuka hati....yummy taw...

My Tart Nenas......

yang ni versi tart nenas pakai acuan bunga....heheeeee
pastu gatal hati lagik nak buat yang versi gumpal yang inti di dalam...
sedapnyaaaa...cair dimulut.....ni resepinya

Bahan-bahan:
Butter - 250gm (saya pakai butter yg buku punya..senang skit)
Minyak sapi - 2 sudu makan
Telur (kuning jer) - sebiji
vanilla esen - 1 sudu kecil
pewarna kuning - 1 sudu makan utk doh)
tepung gandum - 300gm / sehingga adunan tidak melekat dijari
tepung jagung - 3 sudu makan
gula halus / kastor - 3 sudu makan

inti: tart nenas (say beli yg ready di supermarket)...heheee..saya bulat-bulatkan awal sebelum buat doh lagi...supaya senang...

sapuan atas doh: sebiji telur(kuning jer) + pewarna kuning

Cara:

1.Pukul telur + gula hingga kembang.
2.Masukkan butter.Pukul sebati
3.Masukkan esen vanilla dan pewarna kuning
4.Masukkan tepung gandum dan tepung jagung
5.Uli sebati.
6.Masukkan doh kejap di peti sejuk dalam 20 minit gitu....
7.Keluarkan doh dari peti sejuk,bulat-bulatkan isi inti nenas atau terap dengan acuan tat nenas....
8.Sapu atas tat dengan sapuan telur...
9.Bakar dalam 10 minit,suhu oven 160 cel....(ikut oven memasing la yer...)
10.Adalah dapat dalam 100 biji gitu...selamat mencuba...