Tuesday 25 December 2012

Surah Al-Fatihah...Bacalah dengan betul...


Sunday 23 December 2012

Fadhilat Mencium Suami....ahaksss

Fadhilat mencium suami.

Bila isteri salam dan cium tangan suami, maka gugurlah dosa-dosa kecil si isteri. Restu seorang suami tu penting dalam rumahtangga. Lagipun isteri juga akan dapat pahala. Suami pun mendapat pahala juga kalau dia kucup dahi isteri.

Ramai isteri yang tidak pasti waktu dan ketika bila mereka harus mencium suaminya. Sebenarnya bagi seorang suami, jika mereka sudah di biasakan dicium oleh isteri mereka tidak kira bila-bila masa pun… mereka cukup menghargainya. Dengan cara inilah hati dan jiwa mereka akan tertutup dengan godaan dari luar.

Sebab itulah ramai wanita yang memujuk rayu suami mereka supaya berhenti menghisap rokok. Jika suami mahukan nafas yang segar dari isterinya ketika dicium, maka perkara yang sama juga dimahukan oleh isteri mereka. Lagipun, Islam tidak menggalakkan sesiapa sahaja menghisap rokok.


 Kenyataanya, apa yang berlaku hari ini ialah isteri hanya akan mencium suami bila suami hendak berjalan jauh/outstation/kerja di luar kawasan. Itu tidak cukup untuk menyemai benih sayang pada suami. Jika anda sebagai isteri terlalu sombong untuk mencium suami sendiri, jangan terperanjat pula nanti kalau suami anda rasa lebih di sayangi oleh wanita lain di luar sana. Jadi selalulah belai suami dengan ciuman dan juga pelukan.

Semua ini akan menambah rasa kasih. Hati yang panas juga boleh jadi sejuk. Boleh di praktik oleh si isteri apabila dia atau suaminya hendak pergi kerja dan balik kerja. Selepas solat dan ketika hendak tidur juga bagus di amalkan. Hikmahnya, redha suami akan sentiasa bersama isterinya.

Satu lagi perkara yang ramai isteri tidak sedar ialah tabiat tidur berbantalkan lengan suami. Hanya sedikit sahaja isteri yang tahu bahawa tidur berbantalkan lengan suami + dalam dakapan suami, boleh membuatkan hati suaminya luluh.


 Benar.
Jika isteri sudah wangi sebelum tidur dengan rambutnya yang beraroma segar, suami pasti akan mencium rambutnya, dahinya dan juga pipinya. Bila ini berlaku, isteri juga akan mencium suaminya. Bukankah itu dapat menghalang suami dari mencari aroma baru di luar rumah?????

Fadhilat mencium isteri.

Mencium isteri juga merupakan ibadah. Islam memandang tindakan tersebut sebagai satu perkara yang baik, bahkan dapat memberikan pahala kepada suami.

Isteri pasti akan gembira apabila mereka selalu dicium oleh suami mereka. Hati yang gundah, bisa menjadi bahagia. Gelap kesedihan, bisa menjadi cerah dengan keriangan. Dilihat kepada Nabi, siri tauladan ini menjadi amalan harian Nabi SAW dikala bersama Isteri.

Tindakan Nabi itu tidak pernah diabaikan, hatta dalam bulan ramadhan sekalipun. Aisyah R.Ha ada meriwayatkan hadis:

 Maksudnya;
“Rasulullah SAW sentiasa mencium aku dalam bulan Ramadhan, ketika itu Baginda SAW sedang berpuasa”

Hadis ini amat nyata lagi jelas, Nabi SAW tetap juga memberikan kasih sayang baginda kepada isteri tanpa mengira waktu.

Suami pula harus sedar yang dirinya juga harus berada dalam keadaan yang selesa dan wangi setiap kali hendak mencium isteri. Tabiat suka mencium isteri janganlah di pandang ringan, kerana Nabi juga mengamalkannya.

Mengapa?
Kerana cium itu tandanya sayang. Tapi kalau seorang isteri terlalu ego dan tidak membenarkan suaminya sendiri menciumnya… juga jangan terperanjat kalau suami masing-masing melepaskan rasa kasih sayang terhadap wanita lain yang lebih menghargai kasih sayang suaminya itu.

Hendak mencari lelaki yang pemarah memang ramai di luar sana, tapi hendak mencari lelaki penyayang… mungkin 1 dalam 100.
Dengan keadaan lelaki yang semakin sedikit bilangannya di dunia ini… cubalah bayangkan.

Jadi jika anda sudah berkahwin dan memiliki suami yang suka mencium anda dan anak-anak anda, syukur alhamdulillah. Jika anda belum berkahwin TETAPI MENYEDARI bakal suami anda itu suka mencium orang yang mereka kasihi, tahniah dan bersyukurlah kepada Tuhan kerana anda bakal dikurniakan suami yang penyayang. Logiknya tanyalah pada diri sendiri… adakah anda ingin suami anda mencium anda ataupun perempuan lain di luar sana?????

Untuk para suami pula, jika anda adalah tergolong dalam suami yang rajin mencium isteri, syabas diucapkan. Memang harus anda berbuat begitu kerana rasa sayang pada isteri anda akan bertambah dari hari ke sehari.



Bayangkan setiap hari anda mencium isteri anda… sebelum kerja, anda menciumnya… pulang kerja pun anda menciumnya. Malah sewaktu isteri anda memasak di dapur pun, anda rangkul isteri anda dari belakang lalu menciumnya serta berkata… “saya sayang awak… dan terima kasih kerana menyediakan masakan untuk hari ini”

Di situlah datangnya bahagia ~~~

Kesimpulan:

Seeloknya amalkanlah budaya mencium ini ketika baru berkahwin/mendirikan rumahtangga. Kerana jika tidak di amalkan sekarang, agak kekok pula bila dah beranak-pinak nanti.

rugilah bagi mereka yang sudah berkahwin, tetapi rasa malu untuk mencium anak, suami…. juga isterinya sendiri….

Wednesday 14 November 2012

KARMA......

Bila tengok sekejap pada ayat-ayat tu....KARMA,what goes around comes around.....huhhhh,bila difikir-fkir balik,ada jugak mengenanya ayat power ni...teringat kat seseorang yang mengatakan pelbagai alasan kenapa dia tak boleh buat bersama-sama,dengan buat alasan bodohnya,sekarang memakan dirinya sendiri...hahhhh ni kalilah ko kena sebijik....i just see and sit apa lagi lepas ni....tu la dikata,Allah SWT tu maha adil dan sentiasa membantu dan mendengar akan doa hambaNya setiap waktu...syukur padaMu Tuhan atas segalanya......semoga Allah sentiasa memberi petunjuk dan hidayah sepanjang perjalanan hidupku...aminnnnn

Nak Badan Langsing Dan Kurus?????Telan Telur Cacing Gelang....!!!!!

Xiamen-Ramai mahasiswa di China sanggup menelan telur cacing gelang supaya mereka kelihatan langsing ketika sesi temuduga,lapor sebuah akhbar.Tindakan ekstrem itu dilakukan berikutan kesukaran mendapatkanpekerjaan bagi golongan wanita dibandar raya Wilayah Fujian,tenggara China.Telur-telur itu menetas di dalam perut sekaligus menjadikan mereka kurus tanpa senaman atau diet....

Persoalannya....sanggupkah saya.....ohhhh tidak!!!!!!

Anda ?Bagaimana pulak?setuju tidak dengan cara mereka ini.....???????


Selamat Menyambut Awal Muharram...Tahun Baru

Doa akhir tahun hijrah dilakukan sebelum maghrib pada hari terakhir bulan zulhijjah dan doa awal tahun hijrah pun boleh dibaca selepas maghrib pada hari terakhir bulan zulhijjah.Doa awal dan akhir tahun pada tahun ini adalah pada 14 November 2012....Selamat menyambut tahun baru buat umat Islam seluruh Dunia....semoga kita semuanya mendapat hidayah dan petunjuk dari Allah swt dan dapat mengubah diri kita ke arah yang lebih baik dari sebelumnya..aminnn


Saturday 27 October 2012

Peliharalah Mulut Dan Lidah Kita...

Saya suka dengan Ustazah Siti Nor Bahayah memberikan hadir Rasulullah s.a.w...kita share sesama yer...alhamdulillah,semoga menjadi renungan dan iktibar bersama...



Ketawalah Untuk Jantung......

Kajian menunjukkanketawa memberi banyak manfaat kepada kita.Informasi dari Amerika College Of Cardiology mengatakan ketawa sama baiknya dengan aerobik kerana ia menyihatkan jantung,menurunkan tekanan darah dan mengurangkan proses hormon stress.
Penelitian lain membuktikan selepas 15 minit anda ketawa,pembuluh darah akan menjadi lebih lentur dan risiko serangan jantung berkurangan.Untuk mendapatkan manfaat seperti itu,selepas menikmati makan malam,teruskan menonton filem komedi sambil menikmati kudapan.Tetapi harus diingat,kudapan yang menyihatkan sahaja...

INFO dari:Maskulin Oktober 2012.

Tuesday 16 October 2012

myMetro | ‘Ustaz’ salah kiblat

myMetro | ‘Ustaz’ salah kiblat

GOMBAK: Temberang seorang lelaki yang pura-pura bersolat bagi mengelak daripada dicekup berkhalwat dalam sebuah bilik di kedai menjual pakaian milik pasangannya di Selayang, dekat sini, kelmarin, tidak berhasil apabila dia tersalah arah kiblat.
Lelaki 46 tahun itu dan pasangannya yang berusia 37 tahun, dicekup suami wanita berkenaan selepas curiga dengan kehadiran lelaki terbabit dalam kedai isterinya yang ketika itu tertutup.
Menurut sumber, sebelum kejadian si suami yang berusia 37 tahun mahu menjemput isterinya keluar makan pada jam 12 tengah hari, namun berasa pelik apabila mendapati kedai isterinya tertutup seolah-olah tidak beroperasi.

“Mengesyaki ada sesuatu tak kena, si suami masuk dalam kedai, tetapi masih tidak menemui isterinya. Dia kemudian ke sebuah bilik di bahagian belakang dan menemui kasut isterinya diletakkan di tepi pintu.

“Lelaki itu memanggil isterinya dan mengajaknya keluar makan tengah hari, namun wanita itu enggan, malah memberitahu dia akan pergi sendirian kerana ada urusan perlu diselesaikan,” katanya.

Thursday 20 September 2012

Legoland Malaysia....



seronokkkan sekarang Malaysia ada satu lagi tempat yang menarik untuk bawa anak-anak bercuti time cuti sekolah....Legoland ini terletak di Johor Bahru,Malaysia....tiket masuk tu kira mahal la jugak...kalau anak sorang tu dengan makbapak adalah dalam rm300 lebih...heheeee...


Kredit Picture To:Tourism Malaysia,Cuti-Cuti Malaysia...

Aduhaiiii...cantikkan

kalau lah ada begini disini...seronoknya kopi-kopi sambil borak dengan family ataupun kekawan....Betul tak?

Saturday 15 September 2012

Welcome To Sabah,Malaysia To Duke & Duchess Of Cambridge



Prince William and his wife Kate,the Duke and Duchess Of Cambridge walk through the rainforest in Danum Valley Research Centre in Danum Valley,Sabah,Malaysia this saturday September 15 2012...


Kredit Pic -Vincent Thin & NST Online



Mengikut Kajian....Lelaki Gemar Wanita Pintar

Saya dapat ini dari facebook...dimana mengikut kajian yang dibuat di London,lelaki lebih mengemari wanita yang ingin dijadikan teman hidup dari karakter wanita yang pintar berbanding memilih paras rupa sebagai pasangan hidup....
Mengikut penyelidik Universiti York,Dr.Marcel Zentner berkata sinonim ini menyebabkan wanita yang ada kemahiran asas dipinggirkan....

so..apa pendapat anda ???

Friday 14 September 2012

NEVER get tired of Love....


Guru disiplin cedera dibelasah 10 pelajar...

Apa dah jadi dengan guru, pelajar-pelajar dan sekolah masa sekarang...semakin hari ada sahaja berita...maybe,time dulu-dulu kitaorang sekolah belum ada suratkhabar kut..tu yg teda berita hangat....baca beria ni,yang dikeluarkan hari ini dalam Berita Harian....

Alor Setar: Seorang guru disiplin cedera dibelasah sekumpulan 10 pelajar Tingkatan 5 di sebuah sekolah menengah di Jalan Gunong, di sini, dipercayai kerana menegur pelajar berkenaan yang lambat menyertai perhimpunan, semalam.

Dalam kejadian jam 7.30 pagi itu, kumpulan pelajar terbabit cuba memprotes tindakan guru lelaki berkenaan dengan membuat bising dalam kelas sebelum mangsa bergegas naik untuk melihat apa yang berlaku. Tidak bermaya

Sumber berkata, guru berusia 40-an yang cuba meleraikan tindakan ala samseng kumpulan pelajar berkenaan, bagaimanapun dikasari apabila kepalanya ditolak sebelum dibelasah.

Pelajar lain dalam kelas hanya mampu melihat kejadian itu kerana tidak berdaya untuk membantu guru berkenaan.
 Malah, rotan yang dibawa guru itu juga dipatahkan kumpulan pelajar terbabit kerana geram dengan teguran berkenaan.
Difahamkan, kekecohan itu hanya dileraikan guru lain selepas insiden berkenaan dimaklumkan pelajar.

“Saya tak pasti sama sejauh mana kecederaan guru itu, namun apa yang pasti guru itu kini bercuti dan berehat," kata sumber berkenaan.

Usaha untuk mendapatkan komen daripada mangsa tidak berjaya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd
Jan, mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut kerana kes masih dalam siasatan.

Kredit To:Berita Harian Online,Jumaat,14.9.2012

Putera William berjenaka mengenai durian....Berita Harian,Jumaat,14 September 2012

KUALA LUMPUR: Putera William hari ini menyatakan bahawa beliau bukan peminat durian selepas merasai buah berkenaan sempena lawatannya ke Malaysia.

Pewaris takhta Britain dan isterinya, Catherine dihidangkan ‘Raja Buah’ berkenaan ketika jamuan makan tengah hari bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sejurus tiba untuk lawatan empat hari ke negara ini, semalam.
Namun, ketika jamuan makan tengah hari bersama eksekutif perniagaan di ibu kota Kuala Lumpur hari ini, beliau sempat berjenaka: "Saya suka menyatakan bahawa makan tengah hari yang dihidangkan cukup lazat, saya bersyukur tidak melihat durian dalam senarai menu,"

"Selepas merasainya semalam, saya khuatir dengan keselamatan orang yang saya temui selepas itu," katanya hingga menyebabkan lebih 1,000 tetamu termasuk tokoh perniagaan ketawa besar. - AFP

Kredit:Berita Harian

Love....


Wednesday 12 September 2012

Garden....Garden...Garden....






 sooo cute this little house with the deco flower....


a bed of flowers....heheheee

Loveeeee it....folwerrrrss







Jomm..minum air


5 Jenis Minuman Singkir Racun Dalam Badan




Proses detoks diperlukan oleh tubuh bagi mengurangi atau mengeluarkan kadar racun melalui air kencing.Selain makanan sihat,ternyata terdapat beberapa jenis minuman yang dapat membantu tubuh untuk memaksimumkan kerja-kerja detoksifikasi.....

1.Air Putih
Merupakan pilihan terbaik yang mampu membersihkan sistem pencernaan dengan cara menghilangkan racun dan sisa-sisa makanan yang terkumpul di usus.

2.Air Kelapa
Air kelapa memiliki khasiat untuk mengusir virus mahupun bakteria di dalam saluran pencernaan.Selain itu,rajin minum air kelapa akan meningkatkan imunisasi tubuh serta memelihara tubuh agar kekal terhidrasi.

3.Jus Labu
Dipercayai dapat mengurangi kadar keasidan perut danmasalah pencernaan.

4.Teh Hijau
Merupakan antioksidan semulajadi yang mengandungi polifenal yang berkhasiat mengatur kadar glukosa dalam darah.Polifenol membantu menghalang pergerakan glukosa ke dalam sel-sel lemak dan dapat mencegah lemak masuk dalam aliran darah.

5.Jus Limau
Limau atau oren adalah sumber vitamin C yang berkhasiat.Buah ini kaya dengan flavonoid,antioksidan yang menjaga sistem kekebalan tubuh manusia dari serangan penyakit dengan cara melawan kuman dan bakteria penyebab penyakit

Monday 10 September 2012

Ayatul Mahabbah

amalkan doa ni hari-hari selepas solat lima waktu.....

Program Berjalan 10000 Langkah.....

Tahniah kepada Daerah Keningau dengan penyertaan sebanyak 1827 orang peserta dan mendapat tempat kedua di Sabah bagi peserta teramai selepas Kota Kinabalu......yessssss


Waktu Mustajab Berdoa Untuk Anak....


Saturday 8 September 2012

DOA UNTUK ANAK YANG DEGIL

sebelum tidur,bacakan doa ini untuk mengubati 'kenakalan'anak-anak kita semua..insya allah..

Friday 7 September 2012

Checklist Dalam Mendidik Anak

Saya dapat ni dari facebook excelqalif...dalam fb excelqalif ni banyak panduan keibubapaan yang seronok dan bermanfaat untuk dikongsi bersama....so,i share disini supaya kita sesama dapat berkongsi ilmunya...TQ excelqalif...


DOA AGAR DIBERIKAN ZURIAT YANG MENYEJUKKAN HATI


DOA DAN WIRID SELEPAS SOLAT


SURAH TERBAIK AMALAN IBU MENGANDUNG


DOA MOHON PERLINDUNGAN ALLAH SWT


DOA PERLINDUNGAN ANAK

sekarang ni banyak sangat kes-kes yang melibatkan kanak-kanak...ibubapa mana yang tidak susah hati bila tinggalkan anak dengan pengasuh,sekolah,keluar berjalan dengan kawan-kawan....so,bacalah doa ni supaya anak-anak kita dalam perlindunganNya,insya allah,sekurangnya kita tidak berapa risau,selebihnya tawakal dengan Allah SWT dengan rahmatNya..aminnnnn

Benefits Of Ginger

Ginger ataupun halia...merupakan salah satu bahan selain bawang merah,bawang putih yang kita gunakan dalam masakan sehari-hari...banyak sangat manfaatnya..boleh buang angin dalam badan,kurangkan kadar kolesterol,tidak hadam perut..Kalau masa ibu-ibu berpantang lepas bersalin,halia tu dah jadi bahan paling utama dalam masakan,minuman dan mandian......betul tak??

Isteri Ramping Rumahtangga Bahagia?

Owww...tapi itu adalah berdasarkan kajian taw...sebab lain orang lain lah citarasa kan..masing-masing lah kan...tapi seronok la pulak bila tajuk nni mengupas salah satu cara bagaimana nak rumahtangga bahagia....
okay la jugak..sekurang-kurangnya,kitapun fikir-fikir jugak kalau time pinggang tu dah bertambah seinci dua..hahaaaaa.....

Cake....Design n Deco Cake



Love this Garden...English Garden....


cantikkan?design bunga dan basikal tu....


Thursday 6 September 2012

DOA KEBAHAGIAAN SEKELUARGA

I dapat ni dari rakan fb..so i nak jugak share dengan kekawan blogger....harap-harap sama dapat manfaat dari doa ni ye...aminnn

My Sweet Asyreen....

heheee...comel jugak my dotter dipagi raya...alhamdulillah.....