Wednesday 30 October 2013

Be Humble Or Be Noble.......

hmmmmm...yang mana satu yerrrr.....


Tuesday 29 October 2013

Mau Merokok Lagi???????

Bila tengok kenaikan harga rokok selepas diumumkan oleh kerajaan Malaysia..sungguhkah rakyat Malaysia terutama kaum lelaki untuk menghentikan habit / hobi mereka yang cukuptinggi harganya sekarang..boleh dapat makan KFC taw...RM12 hinggit tuuuuu.....


kalau laaaaa...daku menyimpan RM12 tu sehari RM12 kali dengan 30hari dapatlah RM360....pastu darab ngan 12 bulan dapatlah total RM4320 setahun darab 5tahun dapatlah RM21,600.....okey jugak kaannnnn????Tapi hubbyku masih lagi 'menyedut' rokok....jadi apa cerrrrrr......???????????????


taaapiiiii...nak jugak coba kumpul RM macam ni..tiap-tiap hariiii...insya allahhh...aminnn

SST vs GST........

ni yang orang Malaysia sibuk dan gempar...dah tidak tau mana yang baik dah....saya dapat ni dari laman fb Kastam Malaysia...harap-harap dapatlah membantu kita semua yerrrr.....

Bandingan antara dua-dua ada di table tu...saya rasa jelas dan nampak....

Now is...kita tengoklah bila dah dikuatkuasa macamna laa kannn samada kita untung atau rugi...kita jimat atau tidak...wa pon tidak taw looorrrr.......wahahahaaaa.....

Makan Dan Pemakanan....

hah..nampak tu rakyat Malaysia mengamalkan cara pemakanan yang tidak sihat dan mengambil lebihan 500-700 kalori sehari...aduhaiiiii...termasuk la diri sendiri bila makan lopa donia......heheeeeee

tengok carta di atas......hmmmmmmmm


Monday 16 September 2013

Ohhhh Bahagia.......

ohhh...apa perasaan hari ini...rasanya bahagia..alhamdulillahhh,syukran Ya Allah atas nikmatMu....


Orang Yang Mulia Disisi Allah...





Firman Allah SWT yang bermaksud:

Wahai umat manusia!
Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak,supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang laina).Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya).Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui,lagi Maha Mendalam pengetahuannya(akan keadaan dan amalan kamu)

Al-Hujurat 49:13

Sunday 15 September 2013

chocolate moist cake....yummyyyyy....

 
ini kek kegemaran anak-anak...so ari ni cuti-cuti malaysia buatkan supaya dorang happy dapat ngap..ngap sambil main dirumah,tengok tv segala...hahaaaa
Resepinya gini...

Bahan:
a.Bahan ygang perlu dimasak (dalam periuk)
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula
1/2 cawan susu manis
1 cawan susu segar / cair
1 cawan minyak makan
-masak hingga sebati dan jadi campuran koko...sejukkan

Telur - 4 biji + soda bikarbonat (campur dua bahan ni dan pukul hingga kembang)

Tepung - 1 1/2 cawan

-campur bahan telur + tepung dan campuran koko tadi.Sebatikan dan masukkan dalam loyang,kukus hingga masak.

Buat topping atas kek;
choc masakan campur dengan susu manis + susu cair (anggar jer).Masak dalam double boiler hingga cair dan sebati....

Topping letak selepas kek sejuk...Hias la sesuka hati....yummy taw...

My Tart Nenas......

yang ni versi tart nenas pakai acuan bunga....heheeeee
pastu gatal hati lagik nak buat yang versi gumpal yang inti di dalam...
sedapnyaaaa...cair dimulut.....ni resepinya

Bahan-bahan:
Butter - 250gm (saya pakai butter yg buku punya..senang skit)
Minyak sapi - 2 sudu makan
Telur (kuning jer) - sebiji
vanilla esen - 1 sudu kecil
pewarna kuning - 1 sudu makan utk doh)
tepung gandum - 300gm / sehingga adunan tidak melekat dijari
tepung jagung - 3 sudu makan
gula halus / kastor - 3 sudu makan

inti: tart nenas (say beli yg ready di supermarket)...heheee..saya bulat-bulatkan awal sebelum buat doh lagi...supaya senang...

sapuan atas doh: sebiji telur(kuning jer) + pewarna kuning

Cara:

1.Pukul telur + gula hingga kembang.
2.Masukkan butter.Pukul sebati
3.Masukkan esen vanilla dan pewarna kuning
4.Masukkan tepung gandum dan tepung jagung
5.Uli sebati.
6.Masukkan doh kejap di peti sejuk dalam 20 minit gitu....
7.Keluarkan doh dari peti sejuk,bulat-bulatkan isi inti nenas atau terap dengan acuan tat nenas....
8.Sapu atas tat dengan sapuan telur...
9.Bakar dalam 10 minit,suhu oven 160 cel....(ikut oven memasing la yer...)
10.Adalah dapat dalam 100 biji gitu...selamat mencuba...

Friday 30 August 2013

Kau Mawarku.....



FITNAH..jangan sampai muflis di sisi ALLAH...

Sabda Rasulullah S.A.W berhubung tanda-tanda kiamat yang bermaksud "Antara tanda-tanda akhir zaman ialah,masa semakin pendek,para ulama (yang berani bercakap benar) semakin sedikit kuantitinya,fitnah berleluasa,orang kedekut semakin ramai dan kes-kes pembunuhan bertambah..."

Oleh itu Rasulullah S.A.W mengingatkan kita betapa bahayanya fitnah dengan sabdnya yang bermaksud,'Fitnah akan berlaku di akhir zaman sehingga menyebabkan orang yang duduk lebih mulia berbanding orang yang berdiri,orang yang berdiri lebih baik daripada orang yang berjalan dan orang yang berjalan itu lebih mulia daripada orang yang melungsur laju,sesungguuhnya (di akhir zaman manusia beranggapan)sesiapa dalam kalangan kamu yang menganggungkan fitnah akan dimuliakan kata-katanya..:(Bukhari dan Muslim)



Hadis ini jelas menunjukkan fitnah sangat merbahaya yang mampu menguubah realiti kehidupan sebenar.

Punca-Punca Fitnah...
1.Keterlaluan mencintai dunia sehingga menyebabkan seseorang itu sanggup melakukan apa sahaja untuk memenuhi kehendak nafsu
2.Hasad dengki terhadap qada dan qadar Allah s.w.t
3.Tidak yakin terhadap qada dan qadar Allah s.w.t
4.Tidak bersyukur dengan nikmat yang sedia ada
5.Tamak terhadap nikmat dunia tanpa memikirkan hak orang lain
6.Terasa diri terlalu sempurna berbanding orang lain
7.Tidak boleh lihat orang lain lebih daripadanya

Oleh itu sentiasa lah merasa syukur akan segala nikmat dan kebahagiaan yang telah Allah tetapkanApabila sifat ini diterapkan dalam jiwa nescaya mereka tidak akan mefitnah sesama sendiri bagi mengejar kemewahan dan sebagainya.Firman Allah s.w.t dalam surah al-Talak ayat 2 yang bermaksud,'Sesiapa yang takut kepada Allah sesungguhnya Allah akan buka lagi pintu rezeki kepadaNya..."aminnn...


Friday 5 April 2013

Muhasabah Diri.....astagfirullah al azimmm...

 Dipetik dari facebook Prof.Dr.Muhaya....sebagai ingatan bersama,insya allah
Setiap kali manusia melakukan DOSA dan MAKSIAT di atas muka bumi Allah SWT ini,
Bumi akan menyumpah manusia dengan berkata..

"Wahai Manusia!!
Buatlah kejahatan sebanyak mana yang kau mahu di atas belakangku ini,kelak apabila engkau masuk ke dalam perutku,akan ku himpit dan hancurkan tulang-tulangmu.."