Thursday, 20 September 2012
Legoland Malaysia....
seronokkkan sekarang Malaysia ada satu lagi tempat yang menarik untuk bawa anak-anak bercuti time cuti sekolah....Legoland ini terletak di Johor Bahru,Malaysia....tiket masuk tu kira mahal la jugak...kalau anak sorang tu dengan makbapak adalah dalam rm300 lebih...heheeee...
Kredit Picture To:Tourism Malaysia,Cuti-Cuti Malaysia...
Aduhaiiii...cantikkan
kalau lah ada begini disini...seronoknya kopi-kopi sambil borak dengan family ataupun kekawan....Betul tak?
Tuesday, 18 September 2012
Saturday, 15 September 2012
Welcome To Sabah,Malaysia To Duke & Duchess Of Cambridge
Prince William and his wife Kate,the Duke and Duchess Of Cambridge walk through the rainforest in Danum Valley Research Centre in Danum Valley,Sabah,Malaysia this saturday September 15 2012...
Kredit Pic -Vincent Thin & NST Online
Mengikut Kajian....Lelaki Gemar Wanita Pintar
Saya dapat ini dari facebook...dimana mengikut kajian yang dibuat di London,lelaki lebih mengemari wanita yang ingin dijadikan teman hidup dari karakter wanita yang pintar berbanding memilih paras rupa sebagai pasangan hidup....
Mengikut penyelidik Universiti York,Dr.Marcel Zentner berkata sinonim ini menyebabkan wanita yang ada kemahiran asas dipinggirkan....
so..apa pendapat anda ???
Mengikut penyelidik Universiti York,Dr.Marcel Zentner berkata sinonim ini menyebabkan wanita yang ada kemahiran asas dipinggirkan....
so..apa pendapat anda ???
Friday, 14 September 2012
Guru disiplin cedera dibelasah 10 pelajar...
Apa dah jadi dengan guru, pelajar-pelajar dan sekolah masa sekarang...semakin hari ada sahaja berita...maybe,time dulu-dulu kitaorang sekolah belum ada suratkhabar kut..tu yg teda berita hangat....baca beria ni,yang dikeluarkan hari ini dalam Berita Harian....
Alor Setar: Seorang guru disiplin cedera dibelasah sekumpulan 10 pelajar Tingkatan 5 di sebuah sekolah menengah di Jalan Gunong, di sini, dipercayai kerana menegur pelajar berkenaan yang lambat menyertai perhimpunan, semalam.
Dalam kejadian jam 7.30 pagi itu, kumpulan pelajar terbabit cuba
memprotes tindakan guru lelaki berkenaan dengan membuat bising dalam
kelas sebelum mangsa bergegas naik untuk melihat apa yang berlaku.
Tidak bermaya
Sumber berkata, guru berusia 40-an yang cuba meleraikan tindakan ala samseng kumpulan pelajar berkenaan, bagaimanapun dikasari apabila kepalanya ditolak sebelum dibelasah.
Pelajar lain dalam kelas hanya mampu melihat kejadian itu kerana tidak berdaya untuk membantu guru berkenaan.
Malah, rotan yang dibawa guru itu juga dipatahkan kumpulan pelajar terbabit kerana geram dengan teguran berkenaan.
Difahamkan, kekecohan itu hanya dileraikan guru lain selepas insiden berkenaan dimaklumkan pelajar.
“Saya tak pasti sama sejauh mana kecederaan guru itu, namun apa yang pasti guru itu kini bercuti dan berehat," kata sumber berkenaan.
Usaha untuk mendapatkan komen daripada mangsa tidak berjaya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd
Jan, mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut kerana kes masih dalam siasatan.
Kredit To:Berita Harian Online,Jumaat,14.9.2012
Alor Setar: Seorang guru disiplin cedera dibelasah sekumpulan 10 pelajar Tingkatan 5 di sebuah sekolah menengah di Jalan Gunong, di sini, dipercayai kerana menegur pelajar berkenaan yang lambat menyertai perhimpunan, semalam.
Sumber berkata, guru berusia 40-an yang cuba meleraikan tindakan ala samseng kumpulan pelajar berkenaan, bagaimanapun dikasari apabila kepalanya ditolak sebelum dibelasah.
Pelajar lain dalam kelas hanya mampu melihat kejadian itu kerana tidak berdaya untuk membantu guru berkenaan.
Malah, rotan yang dibawa guru itu juga dipatahkan kumpulan pelajar terbabit kerana geram dengan teguran berkenaan.
Difahamkan, kekecohan itu hanya dileraikan guru lain selepas insiden berkenaan dimaklumkan pelajar.
“Saya tak pasti sama sejauh mana kecederaan guru itu, namun apa yang pasti guru itu kini bercuti dan berehat," kata sumber berkenaan.
Usaha untuk mendapatkan komen daripada mangsa tidak berjaya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd
Jan, mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut kerana kes masih dalam siasatan.
Kredit To:Berita Harian Online,Jumaat,14.9.2012
Putera William berjenaka mengenai durian....Berita Harian,Jumaat,14 September 2012
KUALA LUMPUR: Putera William hari ini menyatakan bahawa beliau bukan
peminat durian selepas merasai buah berkenaan sempena lawatannya ke
Malaysia.
Pewaris takhta Britain dan isterinya, Catherine dihidangkan ‘Raja Buah’ berkenaan ketika jamuan makan tengah hari bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sejurus tiba untuk lawatan empat hari ke negara ini, semalam.
Namun, ketika jamuan makan tengah hari bersama eksekutif
perniagaan di ibu kota Kuala Lumpur hari ini, beliau sempat berjenaka:
"Saya suka menyatakan bahawa makan tengah hari yang dihidangkan cukup
lazat, saya bersyukur tidak melihat durian dalam senarai menu,"
"Selepas merasainya semalam, saya khuatir dengan keselamatan orang yang saya temui selepas itu," katanya hingga menyebabkan lebih 1,000 tetamu termasuk tokoh perniagaan ketawa besar. - AFP
Kredit:Berita Harian
Pewaris takhta Britain dan isterinya, Catherine dihidangkan ‘Raja Buah’ berkenaan ketika jamuan makan tengah hari bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sejurus tiba untuk lawatan empat hari ke negara ini, semalam.
"Selepas merasainya semalam, saya khuatir dengan keselamatan orang yang saya temui selepas itu," katanya hingga menyebabkan lebih 1,000 tetamu termasuk tokoh perniagaan ketawa besar. - AFP
Kredit:Berita Harian
Wednesday, 12 September 2012
5 Jenis Minuman Singkir Racun Dalam Badan
Proses detoks diperlukan oleh tubuh bagi mengurangi atau mengeluarkan kadar racun melalui air kencing.Selain makanan sihat,ternyata terdapat beberapa jenis minuman yang dapat membantu tubuh untuk memaksimumkan kerja-kerja detoksifikasi.....
1.Air Putih
Merupakan pilihan terbaik yang mampu membersihkan sistem pencernaan dengan cara menghilangkan racun dan sisa-sisa makanan yang terkumpul di usus.
2.Air Kelapa
Air kelapa memiliki khasiat untuk mengusir virus mahupun bakteria di dalam saluran pencernaan.Selain itu,rajin minum air kelapa akan meningkatkan imunisasi tubuh serta memelihara tubuh agar kekal terhidrasi.
3.Jus Labu
Dipercayai dapat mengurangi kadar keasidan perut danmasalah pencernaan.
4.Teh Hijau
Merupakan antioksidan semulajadi yang mengandungi polifenal yang berkhasiat mengatur kadar glukosa dalam darah.Polifenol membantu menghalang pergerakan glukosa ke dalam sel-sel lemak dan dapat mencegah lemak masuk dalam aliran darah.
5.Jus Limau
Limau atau oren adalah sumber vitamin C yang berkhasiat.Buah ini kaya dengan flavonoid,antioksidan yang menjaga sistem kekebalan tubuh manusia dari serangan penyakit dengan cara melawan kuman dan bakteria penyebab penyakit
Monday, 10 September 2012
Program Berjalan 10000 Langkah.....
Tahniah kepada Daerah Keningau dengan penyertaan sebanyak 1827 orang peserta dan mendapat tempat kedua di Sabah bagi peserta teramai selepas Kota Kinabalu......yessssss
Saturday, 8 September 2012
Friday, 7 September 2012
Checklist Dalam Mendidik Anak
Saya dapat ni dari facebook excelqalif...dalam fb excelqalif ni banyak panduan keibubapaan yang seronok dan bermanfaat untuk dikongsi bersama....so,i share disini supaya kita sesama dapat berkongsi ilmunya...TQ excelqalif...
DOA PERLINDUNGAN ANAK
sekarang ni banyak sangat kes-kes yang melibatkan kanak-kanak...ibubapa mana yang tidak susah hati bila tinggalkan anak dengan pengasuh,sekolah,keluar berjalan dengan kawan-kawan....so,bacalah doa ni supaya anak-anak kita dalam perlindunganNya,insya allah,sekurangnya kita tidak berapa risau,selebihnya tawakal dengan Allah SWT dengan rahmatNya..aminnnnn
Benefits Of Ginger
Ginger ataupun halia...merupakan salah satu bahan selain bawang merah,bawang putih yang kita gunakan dalam masakan sehari-hari...banyak sangat manfaatnya..boleh buang angin dalam badan,kurangkan kadar kolesterol,tidak hadam perut..Kalau masa ibu-ibu berpantang lepas bersalin,halia tu dah jadi bahan paling utama dalam masakan,minuman dan mandian......betul tak??
Isteri Ramping Rumahtangga Bahagia?
Owww...tapi itu adalah berdasarkan kajian taw...sebab lain orang lain lah citarasa kan..masing-masing lah kan...tapi seronok la pulak bila tajuk nni mengupas salah satu cara bagaimana nak rumahtangga bahagia....
okay la jugak..sekurang-kurangnya,kitapun fikir-fikir jugak kalau time pinggang tu dah bertambah seinci dua..hahaaaaa.....
okay la jugak..sekurang-kurangnya,kitapun fikir-fikir jugak kalau time pinggang tu dah bertambah seinci dua..hahaaaaa.....
Thursday, 6 September 2012
DOA KEBAHAGIAAN SEKELUARGA
I dapat ni dari rakan fb..so i nak jugak share dengan kekawan blogger....harap-harap sama dapat manfaat dari doa ni ye...aminnn
Subscribe to:
Posts (Atom)