Friday 14 September 2012

Putera William berjenaka mengenai durian....Berita Harian,Jumaat,14 September 2012

KUALA LUMPUR: Putera William hari ini menyatakan bahawa beliau bukan peminat durian selepas merasai buah berkenaan sempena lawatannya ke Malaysia.

Pewaris takhta Britain dan isterinya, Catherine dihidangkan ‘Raja Buah’ berkenaan ketika jamuan makan tengah hari bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sejurus tiba untuk lawatan empat hari ke negara ini, semalam.
Namun, ketika jamuan makan tengah hari bersama eksekutif perniagaan di ibu kota Kuala Lumpur hari ini, beliau sempat berjenaka: "Saya suka menyatakan bahawa makan tengah hari yang dihidangkan cukup lazat, saya bersyukur tidak melihat durian dalam senarai menu,"

"Selepas merasainya semalam, saya khuatir dengan keselamatan orang yang saya temui selepas itu," katanya hingga menyebabkan lebih 1,000 tetamu termasuk tokoh perniagaan ketawa besar. - AFP

Kredit:Berita Harian

No comments:

Post a Comment