Fadhilat mencium suami.
Bila isteri
salam dan cium tangan suami, maka gugurlah dosa-dosa kecil si isteri.
Restu seorang suami tu penting dalam rumahtangga. Lagipun isteri juga
akan dapat pahala. Suami pun mendapat pahala juga kalau dia kucup dahi isteri.
Ramai isteri yang tidak pasti waktu dan ketika bila mereka harus
mencium suaminya. Sebenarnya bagi seorang suami, jika mereka sudah di
biasakan dicium oleh isteri mereka tidak kira bila-bila masa pun… mereka
cukup menghargainya. Dengan cara inilah hati dan jiwa mereka akan
tertutup dengan godaan dari luar.
Sebab itulah ramai wanita
yang memujuk rayu suami mereka supaya berhenti menghisap rokok. Jika
suami mahukan nafas yang segar dari isterinya ketika dicium, maka
perkara yang sama juga dimahukan oleh isteri mereka. Lagipun, Islam
tidak menggalakkan sesiapa sahaja menghisap rokok.
Kenyataanya,
apa yang berlaku hari ini ialah isteri hanya akan mencium suami bila
suami hendak berjalan jauh/outstation/kerja di luar kawasan. Itu tidak
cukup untuk menyemai benih sayang pada suami. Jika anda sebagai isteri
terlalu sombong untuk mencium suami sendiri, jangan terperanjat pula
nanti kalau suami anda rasa lebih di sayangi oleh wanita lain di luar
sana. Jadi selalulah belai suami dengan ciuman dan juga pelukan.
Semua ini akan menambah rasa kasih. Hati yang panas juga boleh jadi
sejuk. Boleh di praktik oleh si isteri apabila dia atau suaminya hendak
pergi kerja dan balik kerja. Selepas solat dan ketika hendak tidur juga
bagus di amalkan. Hikmahnya, redha suami akan sentiasa bersama
isterinya.
Satu lagi perkara yang ramai isteri tidak sedar
ialah tabiat tidur berbantalkan lengan suami. Hanya sedikit sahaja
isteri yang tahu bahawa tidur berbantalkan lengan suami + dalam dakapan
suami, boleh membuatkan hati suaminya luluh.
Benar.
Jika isteri sudah wangi sebelum tidur dengan rambutnya yang beraroma
segar, suami pasti akan mencium rambutnya, dahinya dan juga pipinya.
Bila ini berlaku, isteri juga akan mencium suaminya. Bukankah itu dapat
menghalang suami dari mencari aroma baru di luar rumah?????
Fadhilat mencium isteri.
Mencium isteri juga merupakan ibadah. Islam memandang tindakan tersebut
sebagai satu perkara yang baik, bahkan dapat memberikan pahala kepada
suami.
Isteri pasti akan gembira apabila mereka selalu dicium
oleh suami mereka. Hati yang gundah, bisa menjadi bahagia. Gelap
kesedihan, bisa menjadi cerah dengan keriangan. Dilihat kepada Nabi,
siri tauladan ini menjadi amalan harian Nabi SAW dikala bersama Isteri.
Tindakan Nabi itu tidak pernah diabaikan, hatta dalam bulan ramadhan sekalipun. Aisyah R.Ha ada meriwayatkan hadis:
Maksudnya;
“Rasulullah SAW sentiasa mencium aku dalam bulan Ramadhan, ketika itu Baginda SAW sedang berpuasa”
Hadis ini amat nyata lagi jelas, Nabi SAW tetap juga memberikan kasih sayang baginda kepada isteri tanpa mengira waktu.
Suami pula harus sedar yang dirinya juga harus berada dalam keadaan
yang selesa dan wangi setiap kali hendak mencium isteri. Tabiat suka
mencium isteri janganlah di pandang ringan, kerana Nabi juga
mengamalkannya.
Mengapa?
Kerana cium itu tandanya sayang.
Tapi kalau seorang isteri terlalu ego dan tidak membenarkan suaminya
sendiri menciumnya… juga jangan terperanjat kalau suami masing-masing
melepaskan rasa kasih sayang terhadap wanita lain yang lebih menghargai
kasih sayang suaminya itu.
Hendak mencari lelaki yang pemarah memang ramai di luar sana, tapi hendak mencari lelaki penyayang… mungkin 1 dalam 100. Dengan keadaan lelaki yang semakin sedikit bilangannya di dunia ini… cubalah bayangkan.
Jadi jika anda sudah berkahwin dan memiliki suami yang suka mencium
anda dan anak-anak anda, syukur alhamdulillah. Jika anda belum berkahwin
TETAPI MENYEDARI bakal suami anda itu suka mencium orang yang mereka
kasihi, tahniah dan bersyukurlah kepada Tuhan kerana anda bakal
dikurniakan suami yang penyayang. Logiknya tanyalah pada diri sendiri…
adakah anda ingin suami anda mencium anda ataupun perempuan lain di luar
sana?????
Untuk para suami pula, jika anda adalah tergolong
dalam suami yang rajin mencium isteri, syabas diucapkan. Memang harus
anda berbuat begitu kerana rasa sayang pada isteri anda akan bertambah
dari hari ke sehari.
Bayangkan
setiap hari anda mencium isteri anda… sebelum kerja, anda menciumnya…
pulang kerja pun anda menciumnya. Malah sewaktu isteri anda memasak di
dapur pun, anda rangkul isteri anda dari belakang lalu menciumnya serta
berkata… “saya sayang awak… dan terima kasih kerana menyediakan masakan
untuk hari ini”
Di situlah datangnya bahagia ~~~
Kesimpulan:
Seeloknya amalkanlah budaya mencium ini ketika baru
berkahwin/mendirikan rumahtangga. Kerana jika tidak di amalkan sekarang,
agak kekok pula bila dah beranak-pinak nanti.
rugilah bagi mereka yang sudah berkahwin, tetapi rasa malu untuk mencium anak, suami…. juga isterinya sendiri….
No comments:
Post a Comment