Friday 30 August 2013

FITNAH..jangan sampai muflis di sisi ALLAH...

Sabda Rasulullah S.A.W berhubung tanda-tanda kiamat yang bermaksud "Antara tanda-tanda akhir zaman ialah,masa semakin pendek,para ulama (yang berani bercakap benar) semakin sedikit kuantitinya,fitnah berleluasa,orang kedekut semakin ramai dan kes-kes pembunuhan bertambah..."

Oleh itu Rasulullah S.A.W mengingatkan kita betapa bahayanya fitnah dengan sabdnya yang bermaksud,'Fitnah akan berlaku di akhir zaman sehingga menyebabkan orang yang duduk lebih mulia berbanding orang yang berdiri,orang yang berdiri lebih baik daripada orang yang berjalan dan orang yang berjalan itu lebih mulia daripada orang yang melungsur laju,sesungguuhnya (di akhir zaman manusia beranggapan)sesiapa dalam kalangan kamu yang menganggungkan fitnah akan dimuliakan kata-katanya..:(Bukhari dan Muslim)



Hadis ini jelas menunjukkan fitnah sangat merbahaya yang mampu menguubah realiti kehidupan sebenar.

Punca-Punca Fitnah...
1.Keterlaluan mencintai dunia sehingga menyebabkan seseorang itu sanggup melakukan apa sahaja untuk memenuhi kehendak nafsu
2.Hasad dengki terhadap qada dan qadar Allah s.w.t
3.Tidak yakin terhadap qada dan qadar Allah s.w.t
4.Tidak bersyukur dengan nikmat yang sedia ada
5.Tamak terhadap nikmat dunia tanpa memikirkan hak orang lain
6.Terasa diri terlalu sempurna berbanding orang lain
7.Tidak boleh lihat orang lain lebih daripadanya

Oleh itu sentiasa lah merasa syukur akan segala nikmat dan kebahagiaan yang telah Allah tetapkanApabila sifat ini diterapkan dalam jiwa nescaya mereka tidak akan mefitnah sesama sendiri bagi mengejar kemewahan dan sebagainya.Firman Allah s.w.t dalam surah al-Talak ayat 2 yang bermaksud,'Sesiapa yang takut kepada Allah sesungguhnya Allah akan buka lagi pintu rezeki kepadaNya..."aminnn...


No comments:

Post a Comment